Sejarah menunjukkan daerah Gunong telah wujud sekitar tahun 1800 bersama Lundang, Kampung Laut, Banggol, Lebir, Salor, Kadok, Limbat dan Bukit Merah.

   Mendapat nama dari sebuah bukit yang berbentuk seperti gunung. Ianya di gelar sebagai Gunong (walaupun ianya sebuah bukit) memandangkan di antara kebanyakan bukit-bukit yang berhampiran seperti Bukit Kechik, Bukit Chenda, Bukit Bator - adalah lebih rendah ketinggiannya berbanding dengan Bukit 'Gunong'. Oleh itu untuk membezakan bukit yang tinggi ini dari bukit-bukit yang lain maka ianya di panggil Bukit Gunong. Demikianlah namanya di perolehi.

   Gunong merupakan sebuah daerah yang terletak di Jajahan Bachok, Kelantan. Keluasan daerah Gunong ialah 57.54 kilometer persegi atau 22.20 batu persegi dengan bentuk muka bumi yang rata dengan bukit-bukit seperti Bukit Gunong, Bukit Chenda, Bukit Bator, Bukit Kechik dan Bukit Hanyut.

   Daerah Gunong bersempadan dengan daerah Banggu dan daerah Peringat, di dalam Jajahan Kota Bharu, daerah Mahligai yang merupakan pecahan daripada sebahagian daerah Gunong disebelah Baratnya. Daerah Bukit Jawa di sebelah Jajahan Pasir Puteh di sebelah Selatannya, daerah Melawi dan daerah Beklam di sebelah Barat Daya dan Timur Lautnya.

   Daerah Gunong mempunyai 12 Mukim Penghulu.

   Bancian penduduk Daerah Gunong pada tahun 2009 ialah 24,180 orang dengan :

   • Bangsa Melayu seramai 24,973 orang
   • Bangsa Cina seramai 395 orang.

 

   Pada masa dahulu di daerah ini ada sebuah pekan yang di kenali dengan nama Pekan Gunong atau di panggil juga Kedai Gunong berpusat tepi jalan utama yang bercabang empat dan di kenali sebagai Simpang Empat Gunong. Di sinilah merupakan pusat kegiatan ekonomi penduduk tempatan kerana terdapat banyak kedai-kedai perniagaan dan dan gerai makan dan terdapat juga sebuah pasar yang menjalankan aktiviti menjual ikan dan sayur-sayuran.