Public Awareness - SCAM ALERT!
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK mengenai Amalan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) di peringkat Kebangsaan 2018. Tema video adalah JOM AMALKAN CARA HIDUP SIHAT!
Mesej video berdasarkan 5 skop amalan cara hidup sihat.
- - Aktiviti Fizikal
- - Makan secara sihat
- - Tidak merokok
- - Bijak menangani stress
- - Sihat tanpa alcohol
Sila hantarkan penyertaan lengkap ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 1 September 2018.
PERTANDINGAN AKTIVITI DASHBOARD KOMUNITI 2018
Sila baca terma-terma di bawah dengan teliti.
- - Peraduan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 12 tahun dan ke atas dan merupakan ahli Dashboard Komuniti yang sah berdaftar di Pusat Internet (PI) di bawah seliaan Telekom Malaysia (TM) di seluruh Malaysia, kecuali kakitangan MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd. (Penganjur), kakitangan syarikat-syarikat sekutunya, petugas Pusat Internet; termasuk ahli keluarga terdekat (suami/isteri dan anak).
- - Tempoh penyertaan adalah dari Mac 2018 – 31hb Disember 2018. Penyertaan yang diterima selepas tempoh penyertaan tamat tidak akan diterima.
- - Penganjur berhak mengubah, membatalkan, menamatkan, melanjutkan atau menggantung peraduan pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu.
- - Peserta yang ingin menyertai peraduan ini boleh memuat-turun aplikasi Dashboard Komuniti di mana-mana Pusat Internet di bawah kendalian Telekom Malaysia sahaja.
- - Peserta hanya perlu menjawab soalan Kuiz yang akan dikeluarkan dalam paparan Dashboard Komuniti (DK) dari semasa ke semasa. Peserta perlu menjawab Soalan Kuiz tersebut sebanyak 20 soalan setiap modul DK yang dipertandingkan.
- - Hadiah akan diberi kepada peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan cepat dan tepat.
- Pemenang akan dipilih mengikut negeri-negeri yang terlibat dengan operasi Pusat Internet di bawah seliaan TM sahaja.
- - Hanya peserta yang telah bersetuju dengan syarat-syarat pertandingan sahaja akan layak menerima hadiah sebagai pemenang.
- - Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap penyertaan yang tidak dapat dimasukkan dalam post-online Dashboard Komuniti. Penganjur tidak akan menghantar sebarang akuan penerimaan penyertaan.
- - Penganjur berhak untuk membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, diterima selepas tamat tempoh penyertaan, atau tanpa menjadi ahli dashboard yang sah.
- - Penganjur berhak mengkaji semula dan mengubah proses pemilihan pemenang yang terkandung di dalam terma dan syarat ini mengikut budi bicara mutlaknya pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
- - Penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah yang lain yang sama nilainya tanpa memberi sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dikembalikan, dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
- - Penganjur berhak untuk menarik balik hadiah sekiranya pemenang yang dipilih gagal mematuhi sebarang terma dan syarat peraduan dan/atau undang-undang yang terpakai atas apa-apa sebab sekalipun.
- Hadiah peranti elektronik hanya diberi jaminan selama satu bulan sahaja setelah hadiah diserahkan kepada pemenang. Sebarang pertukaran dari tempoh tersebut tidak akan dilayan.
- - Senarai pemenang akan diumumkan di laman web Dashboard Komuniti PI dashboard.pi.my dua minggu selepas tarikh tutup penyertaan.
- - Penganjur akan menghubungi pemenang melalui e-mel dan telefon berdasarkan maklumat yang diberikan di dalam borang penyertaan. Jika pemenang tidak dapat dihubungi, hak pemenang akan terbatal tanpa sebarang notis.
- - Semua hadiah mesti dituntut dalam tempoh 60 hari dari tarikh pengumuman dan sebarang tuntutan selepas tempoh tersebut tidak akan dilayan.
- - Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan lain-lain kos, yuran dan perbelanjaan yang berkaitan semasa mengambil hadiah yang timbul semasa menerima hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.
- - Penganjur dan syarikat-syarikat sekutunya, syarikat induk, anak syarikat, agensi pengiklanannya serta agensi promosinya tidak bertanggungjawab atas sebarang kecederaan atau kejadian yang tidak diingini.
- Penerimaan hadiah oleh pemenang merupakan tanda persetujuan oleh pemenang yang membenarkan Penganjur dan agensinya menggunakan nama, gambar dan/atau video pemenang (termasuk ahli keluarga pemenang yang menyertai pertandingan ini) untuk tujuan publisiti, pengiklanan, aktiviti promosi/pemasaran dan/atau perdagangan pada bila-bila masa tanpa sebarang bayaran pampasan dan notis.
- - Semua borang penyertaan adalah merupakan E-Borang yang terdapat dalam DK dan menjadi hak milik pihak Penganjur.
- - Semua imej dan karya seni yang digunakan untuk pertandingan ini adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.
- - Dengan menyertai peraduan ini, peserta mengaku janji untuk tidak membuat sebarang tuntutan atau tindakan terhadap Penganjur, sama ada dalam kontrak, tort atau sebaliknya.
- - Dengan menyertai peraduan ini, peserta dianggap telah memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat peraduan serta keputusan yang dibuat oleh Penganjur.
- - Penganjur berhak untuk mengubah suai, membatalkan atau memansuhkan terma dan syarat peraduan, atas budi bicara mutlaknya tanpa memberi sebarang notis.
- - Setiap peserta wajib muat turun aplikasi Dashboard Komuniti dan aktif menggunakannya sepanjang menyertai peraduan ini.
- - Dengan menyertai peraduan ini, peserta dianggap telah memahami dan bersetuju dengan polisi privasi
- Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan petugas Pusat Internet (PI) di bawah seliaan Telekom Malaysia ™ berhampiran anda atau hubungi kami di 03-80682300.
Halaman 1 dari 2